Polis setakat ini telah menerima sembilan laporan terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya yang mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yasin berkata dua daripada laporan itu dibuat di Sentul, dua lagi di Brickfields, satu di Dang Wangi, satu di Tapah, satu di Port Dickson, satu di Muar dan satu di Pulau Pinang.
Beliau menjelaskan bahawa semua laporan itu disalurkan kepada IPD Sentul memandangkan kenyataan yang dibuat oleh Karpal adalah dalam bidang kawasan polis Sentul.
"Polis akan teliti semua laporan yang diterima dan jika perlu tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang sesuai," katanya.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment