06 May 2008

Tiada komisyen beli kapal selam ?



Saksikan video klip berita berkaitan


**********************************************************************


Kementah jawab isu Scorpene, Sukhoi

Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan bahawa semua pembelian, termasuk kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi, dijalankan mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga, setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan angkatan tentera Malaysia.

Selain itu, katanya, rujukan juga dibuat kepada pihak Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

"Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus, dikemukakan kepada Kementerina Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan kementerian kewangan diperolehi," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan bertarikh 26 April itu, diedarkan selepas sidang akhbar timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, untuk menjawab kenyataan-kenyataan oleh pihak-pihak tertentu mengenai pembelian Scorpene dan Sukhoi.

Semalam, ketika berucap dalam sidang Parlimen, ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan.

Wan Azizah memetik pembelian peralatan ketenteraan, khususnya pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion dan pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion, yang didakwa membabitkan pembayaran komisyen yang besar.

Presiden PKR itu berkata persepsi rakyat ialah ia mungkin bukan bayaran komisyen tetapi rasuah antara pemimpin dan individu yang menerima komisyen tersebut.

Berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kemtenrian tersebut menegaskan dakwaan kerajaan telah membayar komisyen sebanyak RM540 juta kepada Abdul Razak Baginda merupakan satu tuduhan yangt tidak berasas sama sekali.

"Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam scorpene, tidak ada sebarang komisyen dibayar kepada syarikat Pemekar Sdn Bhd, seperti yang didakwa.

"Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus - selaras dengan tatacara perolehan kerajaan - dengan syarikat pembuat iaitu Armaris (Perancis) dan Navantia (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

"Sebaliknya, Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima komisyen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordianasi untuk tempoh selama enam tahun.

"Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kamajuan melaksanaan projek," tegas kenyataan itu lagi.

Perimekar dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holding Bhd, dan K S Ombak Laut Sdn Bhd.

http://www.malaysiakini.com/news/82392

Tubuhkan suruhanjaya siasat penyelewengan pembelian peralatan tentera - Wan Azizah

KUALA LUMPUR (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas menyiasat skandal penyelewengan dalam pembelian peralatan ketenteraan.

Semasa berucap dalam Perbahasan Menjunjung Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Raykat hari ini beliau menegaskan, siasatan perlu dilakukan segera memandangkan ianya adalah wang rakyat yang diselewengkan.

Wan Azizah mempertikaikan komisen-komisen yang diberikan kepada beberapa 'proksi' dalam pembelian Jet Pejuang dan Kapal Selam yang dikaitkan dengan penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda dan Tan Sri Adip Adam yang menjadi tanda tanya hingga kini.

Menurutnya pemberian komisen yang melampau mencecah antara 450 juta hingga 500 juta kepada kedua-dua individu tersebut sangat disangsikan, dan ianya perlu kepada satu siatan terbuka.

Beliau berkata, rakyat tidak mahu wang awam digunakan hanya untuk mengkayakan kroni-kroni tatkala rakyat kini semakin terhimpit dengan kesengsaraan berhubung kenaikan kos hidup

No comments:

Post a Comment