18 May 2008

Taliban bebaskan wakil Pakistan

Kumpulan Taliban membebaskan wakil Pakistan ke Afghanistan selepas lebih tiga bulan beliau ditahan di wilayah Khyber, Pakistan.

Rangkaian televisyen Pakistan berkata wakil berkenaan, Tariq Azizuddin (gambar) dibebaskan di Afghanistan manakala seorang saudara mangsa berkata Azizuddin dijangka pulang ke pangkuan keluarganya di Islamabad tidak lama lagi.

"Pihak berkuasa menghubungi kami dan berkata bahawa Aziz dibebaskan dan beliau akan pulang petang ini," kata seorang ahli keluarganya kepada Reuters.

Bulan lalu, Azizuddin muncul dalam satu video di sebuah televisyen Arab mengatakan bahawa beliau ditahan oleh Taliban dan menggesa kerajaan Pakistan memenuhi tuntutan mereka.

Dalam video itu, Azizuddin tidak menyebut tuntutan yang dibuat Taliban tetapi media Pakistan melaporkan bahawa mereka meminta pembebasan beberapa militan yang dipenjara. – Reuters

No comments:

Post a Comment