Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyerahkan memorandum Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menggesa kerajaan Malaysia melaksanakan pelan gaji minima dengan segera.
Delegasi 50 orang ahli MTUC diketuai oleh Presiden Syed Shahir Syed Mohamud dan Setiausaha Agung G Rajasekaran menyerahkan tuntutan gaji minima kepada Menteri Sumber Manusia Noraini Ahmad di Parlimen.
Memoranda tuntutan itu menggesa kerajaan Malaysia melaksanakan pelan gaji minima RM900 dan elaun kos hidup (Cola) RM300 seperti yang dipohon kongres kesatuan terbesar di Malaysia sejak 1949 lagi.
Kali pertama memorandum sebegitu diserahkan kepada kerajaan adalah pada 18 Jun 2007 namun ia tidak diendahkan kerajaan. MTUC menegaskan bahawa perlaksanaan gaji minima adalah perlu memandangkan garis kadar kemiskinan yang pada paras sekitar RM675 tidak berubah sejak 15 tahun yang lalu.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment