08 May 2008

Sertai Pakatan kerana cinta pada negara

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan percaya anggota Parlimen khususnya dari Sabah yang ingin menyertai Pakatan Rakyat lebih didorong oleh tanggungjawab untuk memperjuangkan kepentingan Sabah. Oleh itu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan kemungkinan penyertaan mereka dalam barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat dengan kepentingan peribadi.

"Kita yakin mereka (anggota Parlimen atau ahli politik) menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat bukan atas dasar mengejar kepentingan peribadi sebaliknya untuk berkhidmat kepada negara," katanya kepada pemberita di Luyang dekat sini hari ini.

Dr Jeffrey berkata anggota Parlimen di Sabah sudah matang dalam arena politik dan bijak untuk menilai sendiri apa yang perlu mereka lakukan untuk memperjuangkan hak-hak Sabah termasuk isu royalti minyak dan perwakilan Sabah dalam kabinet Persekutuan.

"Dalam hal ini, soal tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara tidak timbul sama sekali," katanya.

Lagi berita

No comments:

Post a Comment