05 May 2008

Sampai mufti pun sebut Faizal Tahir

“Faizal Tahir” tidak sama


Ketika penyanyi Faizal Tahir membuka baju dalam Rockin Birthday Concert sempena ulang tahun keempat 8TV pada 13 Januari lalu, ramai yang menganggap penyanyi itu sungguh kurang sopan.

Gara-gara kejadian itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mengharamkan kemunculannya di mana-mana siaran langsung terbitan stesen televisyen tersebut selama tiga bulan.

Tempoh penggantungan Faizal telah pun selesai pada 13 April lalu dan dia sendiri mengakui menyesal terhadap tingkah lakunya itu.

Selepas tempoh ‘dipenjara’, Faizal berjaya memulihkan keadaan selepas terpilih sebagai Artis Baru Lelaki Terbaik dan Artis Lelaki Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) pada 20 April lalu.

Malah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) semalam dia turut memperoleh kejayaan. Pencapaian itu menyaksikan Faizal antara bintang yang cemerlang tetapi jika dia gagal mengatur langkah, tidak mustahil perjalanan seni bapa kepada dua anak ini akan musnah.

Dan terbaru peminat rasa kurang senang melihat beliau beraksi dengan keadaan mulut ternganga sambil mengangkat jari ke atas setiap kali bergambar.

http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment