08 May 2008

RTM dan Tv3 adalah media politik BN, kalah BN mereka juga nanti perlu mengundur diri

Baru dua bulan kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pucuk pimpinan negeri Selangor daripada BN, serangan demi serangan ditujukan tanpa simpati. Pimpinan utama BN dan penyokongnya sehingga ke akar umbi sentiasa menanti dan mencari kelemahan dan kesilapan bukan saja exco bahkan semua Adun dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tersilap langkah dan terlepas kata pasti kuda tunggangan BN iaitu RTM dan TV3 akan mengulang-ulangi siaran tersebut tanpa rasa jemu dan kesal.
Manifesto BA yang dijanjikan dalam pilihan raya 8 Mac lalu menjadi taruhan.

Keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu menangguhkan penggurangan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersil 10 peratus, dibidas pihak berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melatah dalam isu penangguhan tersebut.
Beliau mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar kegagalan kerajaan Selangor menunaikan janji tersebut.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment