ALOR GAJAH: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang peniaga warung makanan yang ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala berhampiran kawasan perusahaan kecil dan sederhana di Pulau Sebang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ali Saifuddin Shaharudin berkata dua lelaki yang ditahan itu dipercayai ada pertalian persaudaraan dengan mangsa, Mohamad Maidin, 44, manakala seorang lagi adalah rakan dua lelaki itu.
Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 19 dan 21 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan, katanya.
Mohamad ditemui mati pada 6.50 pagi tidak lama selepas dia membuka warung menjual rojak. BERNAMA
No comments:
Post a Comment