Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
02 May 2008
Polis pukul wakil rakyat ?
Saksikan Demontrasi Jerit di Dataran Merdeka
Tiga wakil rakyat DAP ditahan polis
BANTAH PROJEK: LIM ditahan polis bagi membantu siasatan kes cubaan memotong besi tapak pemancar di Kampung Batu Lapan, Bachang, semalam.
Tiga wakil rakyat DAP Melaka, termasuk seorang ahli parlimen, ditangkap polis lebih lima jam hari ini selepas terlibat cuba membuang tapak projek pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Lapan.
Seorang ahli parlimen Sim Tong Him (Kota Melaka) dan dua wakil rakyat negeri Goh Leong San (Kesidang) dan Lim Jak Wong (Bachang) ke tapak projek tersebut, yang tergendala sejak enam bulan lalu, kira-kira 10 pagi tadi.
Kira-kira sejam bersama 20 hingga 30 penduduk setempat membuang tapak menara itu, yang dianggap sebagai mengganggu mereka, ketiga-tiganya ditahan atas kesalahan menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan haram.
Mereka dimasukkan ke dalam lokap lebih satu jam di balai polis Melaka Tengah dan disiasat menurut seksyen 440 Kanun Keseksaan, kata seorang wakil rakyat DAP Betty Chew (Kota Laksamana)
Chew - ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka dan juga isteri ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng - turut hadir di balai polis sebagai menyatakan sokongan kepada rakan-rakannya.
Dihubungi Malaysiakini selepas dibebaskan, Lim berkata beliau digari sewaktu ditangkap, sementara dua lagi ditahan apabila mengiringi beliau ke balai polis.
Lim, yang juga setiausaha DAP negeri, mendakwa beliau dipukul oleh seorang pegawai polis sewaktu soal siasat dan terpaksa ke hospital besar Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya lagi, ketiga-tiga mereka dibebaskan sekitar jam 5 petang.
http://www.malaysiakini.com/news/82219
ULASAN BULETIN UTAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment