Isu dakwat: Bersih gesa polis teruskan siasatan
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, perdana menteri, timbalan perdana menteri, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan setiausaha SPR, peguam negara dan ketua polis negara, mesti bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum lalu.
Jurucakap Bersih yang juga pengarah eksekutif Suaram, Yap Swee Seng juga meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan yang membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat tersebut.
Beliau mendakwa, pihak polis telah memberi maklumat yang salah kepada SPR sehingga membawa kepada pembatalan tersebut.
"Sebenarnya, tiada sebarang bukti yang konkrit sehingga perlu penggunaan dakwat itu dibatalkan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Saya meminta ketua polis negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan ekoran pembatalan itu.
"Begitu juga dengan SPR, yang perlu bertanggungjawab. SPR membatalkan penggunaan dakwat itu atas nasihat polis.
"Sebaliknya, siasatan polis mendapati tiada individu/sindiket yang cuba menyeludup dakwat dari Thailand yang boleh disalahguna dalam pilihanraya umum," tegas Yap.
http://www.malaysiakini.com/news/82454
No comments:
Post a Comment