07 May 2008

Najib lebih berkuasa dari Pak Lah ?



Polis bertindak sangat pantas bila melibatkan Najib

Kes Raja Petra dibangkitkan di Parlimen

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang didakwa atas tuduhan menghasut dan ditahan di penjara Sungai Buloh kerana enggan membayar ikatjamin, menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), ketika membahaskan titah diraja, mengkritik timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwanya "telah menyalahguna undang-undang" menyebabkan Raja Petra dituduh menghasut.

Raja Petra menyiarkan dalam laman webnya artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell', yang didakwa mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Lim berkata, tindakan cepat oleh pihak polis dan seterusnya pendakwaan (terhadap Raja Petra) seperti langkah yang diatur dan satu penyalahgunaan undang-undang dan jentera kerajaan untuk menghukum Raja Petra.

Menurutnya, Najib dan Rosmah berhak membersihkan nama mereka melalui undang-undang.

Oleh itu, Lim mempersoalkan mengapa mereka menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra Kamaruddin, yang menurut Lim, satu penyalahgunaan kuasa.

Menurut pemimpin DAP itu lagi, terdapat banyak saluran bagi timbalan perdana menteri dan keluarganya untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra - melalui tindakan sivil dan litigasi - bukannya melalui dakwaan menghasut.

http://www.malaysiakini.com/news/82440

No comments:

Post a Comment