Pengasas Malaysian Indian United Party (MIUP) yang juga teman rapat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Nallakaruppan mendapat tamparan hebat semalam apabila 13 bahagian seluruh Pulau Pinang mengambil keputusan membubarkan parti itu serentak untuk menyertai KeADILan.
Seramai 2000 orang ahli MIUP bertindak nekad meninggalkan parti itu kerana tidak sanggup lagi melihat 'wayang kulit' Dato' Nallakaruppan yang hanya pandai melakar janji sewaktu pilihanraya tetapi hilang haluan bila Barisan Nasional (BN) kalah teruk.
Menurut Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasubramaniyam ketika ditemui menyifatkan, helah Nallakaruppan akhirnya terbongkar apabila cuba mempergunakan kaum India untuk meningkatkan kepercayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan kedudukan serta mengidam projek peribadi.
Penubuhan MIUP juga katanya, bermatlamat menunjukkan kuasa kepada Dato' Seri Anwar bahawa ramai kaum India menolak kepimpinan KeADILan yang didakwa bercakap tidak serupa bikin.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment