Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.
Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.
Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.
Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.
Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.
Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.
Lagi berita
No comments:
Post a Comment