09 May 2008

Laporan suruhanjaya skandal klip video Lingam telah siap, menunggu lampu hijau Pak Lah

Pengerusi suruhanjaya diraja menyiasat skandal klip video Lingam, Tan Sri Haidar Mohd Noor berpendapat laporan suruhanjaya tersebut boleh diumumkan kepada awam, tetapi hanya kerajaan yang boleh mengumumkannya.

"Saya tidak boleh mendedahkan sebarang dokumen kepada awam, hanya kerajaan yang boleh mengumumkannya," katanya ketika dihubungi selepas menyerahkan laporan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.

Katanya, laporan tersebut adalah setebal 186 muka surat.

Sementara itu, setiausaha suruhanjaya tersebut, Datuk Abdullah Sani pula memberitahu pemberita, secara peribadi beliau juga bersetuju laporan itu diumumkan kepada awam

Katanya, ia bergantung kepada kerajaan dan "kita tunggu perdana menteri membuat keputusan (mengenainya)" - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment