08 May 2008

Lagi suspek kes rogol bunuh Nurul ditahan

Seorang penoreh getah yang dipercayai penagih ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes rogol dan bunuh Nurul Anira Che Rosik , 17, di kawasan kebun getah di Kampung Chegar Bedil, Jeli, 5 April lalu.

Suspek berusia 39 tahun dan tinggal sekampung dengan mangsa ditahan kira-kira 7.30 pagi semalam di rumahnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lelaki terbabit yang tinggal kira-kira 50 meter daripada tempat kejadian kini ditahan reman sehingga 12 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment