15 May 2008

Kumpulan pelancong M'sia belum ditemui

Nasib kumpulan pelancong Malaysia yang hilang sejak gempa bumi melanda barat daya wilayah Sichuan Isnin lalu, masih belum diketahui sehingga kini, kata Konsul Besar Malaysia di Kunming Ayauf Bachi awal pagi ini.

Katanya, pejabat konsul sentiasa menghubungi pihak berkuasa Sichuan untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung pencarian kumpulan tersebut.

Menurut Ayauf, berkataKali terakhir pihaknya merujuk pihak berkuasa terbabit ialah kira-kira jam 1.20 pagi Khamis.

Menurut laporan Bernama, kumpulan pelancong tersebut sebelum ini berhenti untuk makan tengah hari di Maoxian sebelum gempa bumi melanda kawasan berkenaan.

Selepas itu mereka tidak dapat dikesan lagi.

Pejabat Konsul Malaysia telah meminta bantuan pihak berkuasa Sichuan yang menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan pelancong luar yang tidak dapat dikesan sejak kejadian gempa berlaku.
www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment