KUALA TERENGGANU - Terpaksa ceraikan dua isteri hanya kerana tiada bekalan elektrik.
Pelik, tetapi itulah realiti kehidupan seorang penoreh getah, Mamat Abdullah, 61, apabila dua perkahwinannya sebelum ini musnah kerana kedua-dua isterinya enggan tinggal lama di rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik.
Lebih malang apabila isteri hasil perkahwinan ketiganya dua bulan lalu, juga tidak mahu duduk sebumbung selagi masalah itu belum diselesaikan.
Menurut Mamat, dia berpindah ke rumah yang dibinanya di atas tanah kerajaan di Kampung Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus di sini pada 2004 bersama isteri dan seorang anak berumur 12 tahun.
Bagaimanapun, jelasnya, usaha mendapatkan bekalan elektrik gagal walaupun pendawaian sudah dipasang dan aduan juga telah dibuat kepada wakil rakyat.
"Dari awal lagi isteri saya sudah 'bising' sebab susah nak hidup tanpa elektrik.
"Lama-kelamaan, dia bawa anak keluar dari rumah dan minta cerai setahun lalu,'' katanya di sini semalam.
Malang terus menimpa Mamat apabila perkahwinan keduanya hanya bertahan tujuh bulan, juga atas alasan yang sama.
http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment