16 May 2008

Kad pengesahan dikeluar serta-merta selepas masuk Islam - Zahid

Pemberian kad pengesahan penukaran agama akan dibuat serta-merta kepada mualaf yang baru memeluk agama Islam selepas proses pengislaman bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelbagai masalah didapati timbul apabila kad pengesahan penukaran agama tidak diberikan serta-merta.

Beliau berkata konflik melibatkan kad pengesahan berkenaan lazimnya timbul apabila berlaku penceraian atau kematian, menyebabkan kesukaran antara keluarga dan pihak Jabatan Agama Islam.

“Tanpa kad itu, pihak Jabatan Agama tidak mempunyai cara untuk mengesahkan keislaman mereka, dan masalah akan timbul,” katanya selepas Majlis Muhadharah bertajuk ’Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Islam di Malaysia.’ Sebelum ini, jelas beliau, pengeluaran kad penukaran agama dan dokumen rasmi berkaitan perkara berkenaan mengambil masa agak lama dan ia dikenal pasti sebagai faktor kepada masalah yang berkaitan, misalnya proses tuntutan harta. - Bernama.

No comments:

Post a Comment