10 May 2008

'Jangan berlakonlah'... kata Menteri Dalam Negeri pada Raja Petra

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dikenali sebagai orang yang serius dan jarang bermain kata-kata bila diminta mengulas sesuatu hal serius oleh para wartawan.

Kalau nak tau ini adalah antara reaksi spontan Menteri Dalam Negeri itu kepada Agendadaily ketika ditemui untuk mengulas dakwaan pengendali laman Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin dia membayar wang ikat jamin untuk keluar penjara Sungai Buloh kerana merasa keselamatanya terancam jika tinggal terus di situ sementara tunggu perbicaraan kesnya pada 6 Oktober ini.

“Jangan berlakonlah…” katanya.

Menteri itu berkata bahawa Raja Petra suka membuat dakwaan-dakwaan liar tetapi kemudiannya tidak tampil dengan bukti-bukti.

“Saya fikir itu semua kenyataan liar…(kita) ada peraturan dan prosedur…ramai orang yang dah masuk penjara dan keluar …sebab itu dia keluar sihat saja,”ujarnya.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment