Berapa ramai bekas tahanan ISA yang mengakui dibelasah dan dikenakan berbagai tekanan saikologi, disoal-siasat bertalu-talu diluar perikemanusiaan, tetapi Ketua Polis Negara boleh mengatakan yang ISA tidak zalim? Malah bekas-bekas tahanan ini ada menukilkan pengalaman mereka termasuklah bab penderaan fizikal dan saikologi, sila lihat buku karangan Ahmad Boestamam, Kasim Ahmad, Dr Syed Hussin Ali, Suhaimi Said, Said Zahari, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain.
Keselamatan dan keharmonian negara penting, rakyat mahu hidup sejahtera dan hak semua warganegara perlu dihormati dan dipertahankan, oleh itu hapuskanlah ISA yang zalim dan tidak menghormati hak rakyat itu, bicarakan semua tahanan yang masih ada atau segera bebaskan mereka!
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment