Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
23 May 2008
Imam pun kena tipu
KANGAR - Imam Masjid Arau, Muridi Mohammad, 42, akhirnya kerugian RM240 akibat terlalu teruja dengan hadiah RM14,000 yang dimenangi melalui kad SIM telefonnya Isnin lalu.
Dia didakwa memenangi hadiah itu sempena pertandingan satu rancangan TV realiti tempatan anjuran sebuah stesen televisyen berbayar.
Menurut Muridi, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi telefonnya yang mendakwa mewakili sebuah syarikat stesen televisyen berbayar itu memaklumkan mengenai hadiah yang dimenanginya itu pada pukul 1.15 petang sehari sebelumnya.
Katanya, dia kemudian menghubungi stesen televisyen berkenaan menerusi nombor telefon 0062817705397 yang dicatatkan dalam SMS berkenaan.
Seorang lelaki menjawab panggilan saya dan dia memperkenalkan diri sebagai wakil stesen televisyen berbayar itu dan lelaki yang bercakap dalam loghat Malaysia campur Indonesia meminta nombor akaunnya dengan alasan untuk memasukkan wang yang dimenangi itu," katanya di sini semalam.
Muridi memberitahu, dia telah memberikan nombor akaunnya kepada lelaki berkenaan dan kemudian lelaki itu menyuruhnya memeriksa akaunnya kerana wang yang dimenanginya itu telah dimasukkan ke akaunnya.
www.kosmo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment