09 May 2008

Ibrahim Ali bertegang leher dengan OKU

IBRAHIM kelihatan bertegang urat dengan beberapa OKU supaya beliau meminta maaf kepada Karpal di lobi Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR - Lobi Parlimen kecoh hampir setengah jam semalam apabila kira-kira 20 orang kurang upaya (PKU) berkerusi roda mendesak dua Ahli Parlimen memohon maaf atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.

Kedua-dua Ahli Parlimen itu ialah Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Semua wakil terbabit berkumpul sambil menunjukkan sepanduk yang dibawa hingga mencuri perhatian Ahli-ahli Parlimen dan media.

Keadaan yang pada mulanya aman bertukar tegang apabila Ibrahim bertemu dengan mereka dan meminta maaf jika beliau telah menyinggung perasaan mereka, tetapi bukan kepada Ahli Parlimen DAP, Karpal Singh.

"Masalah saya ialah dengan Karpal, bukan dengan anda, lagipun saya tidak bermaksud menghina OKU, malah saya sayangkan OKU.

Sumber...

No comments:

Post a Comment