BEIRUT: Pejuang bersenjata Syiah kini menguasai ibu kota Lubnan daripada kumpulan Sunnah yang setia kepada kerajaan yang mendapat sokongan Amerika Syarikat, semalam.
Sementara itu, dalam pertempuran tiga hari antara pergerakan Syiah itu dengan pihak berkuasa negeri menyebabkan 11 terbunuh dan lebih 30 lagi cedera.
Dalam tanda menunjukkan kejatuhan pasukan prokerajaan berdepan pejuang Hizbullah dan kumpulan Amal di kawasan Islam di Beirut, stesen televisyen milik ahli politik Sunnah terkenal, Saad Hariri, Future Movement, tidak ke udara dan pejabatnya yang digabungkan dengan akhbar al-Mustaqbal dibakar oleh pembangkang, menurut rakaman televisyen dan kenyataan Hizbullah.
Tentera Lubnan memindahkan kakitangan televisyen dan studio satelit itu di Kantara, di barat Beirut, kata ketua stesen televisyen itu, Nadim Mounla. Katanya, anggota Hizbullah berkumpul berhampiran stesen itu dan ‘mengarahkan tentera menutupnya atau ia dimusnahkan.’
Mounla memberitahu The Associated Press, stesen itu dalam jagaan tentera yang memindahkan kakitangan, dan merayu kepada media lain di Lubnan ‘bersatu dengan stesen itu bagi membolehkan ia dibuka semula.’
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment