15 May 2008

Ghapur: Jangan cabar kami

Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini memberi amaran kepada wakil rakyat yang lain supaya tidak mempersoal keikhlasan anggota dari Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhenti bertindak bagi pihak kerajaan dalam menjawab sebarang isu mengenai Sabah.

Sambil membidas Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN-Sri Gading) mengenai kenyataan beliau tentang anggota Parlimen Sabah semasa membahaskan usul terima kasih terhadap titah Diraja semalam, Abdul Ghapur berkata, sepatutnya di dalam BN, anggota tidak patut mencabar satu sama lain.

"Sri Gading masih berpemikiran penjajah, tidak terbuka. Apa yang saya titik beratkan ialah kita mahu BN diperbaiki, saya bercakap mengenai Sabah, pembangunannya, mengenai masalah pendatang tanpa izin...kenapa orang lain mahu mencabar kami," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Mohamed menasihatkan wakil dari Sabah supaya tidak mempertikaikan pelantikan menteri-menteri oleh pucuk pimpinan dan jangan bongkak dan berbangga dengan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lepas.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment