27 May 2008

Di Spura pegawai lepas Si Tempang dipecat, di Msia pegawai lepas Batu Puteh selamat

Pegawai Pusat Tahanan Singapura Dipecat

Penguasa pusat tahanan, di mana Mas Selamat Kastari, orang yang disyaki menjadi pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah Singapura ditahan sebelum berjaya melarikan diri pada 27 Feb lepas, telah ditamatkan perkhidmatan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura Wong Kang Seng memberitahu Parlimen Singapura hari ini bahawa penguasa Pusat Tahanan Whitey Road itu dipecat kerana didapati cuai dalam menjalankan tugas keselamatan.

Timbalan kepada pegawai itu pula dikenakan tindakan diturunkan pangkat dan dipotong gaji, kata Wong ketika memaklumkan kepada Parlimen tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan Mas Selamat meloloskan diri dari pusat tahanan itu.

Dua pegawai kanan berkenaan adalah antara enam pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pusat tahanan itu yang dikenakan tindakan berhubung kejadian berkenaan.

Selain mereka, dua pegawai Gurkha yang mengawal Mas Selamat ketika lelaki itu meloloskan diri melalui tingkap tandas di pusat tahanan berkenaan, telah diturunkan pangkat.

Bulan lepas, pengarah markas ISD, pegawai atasan penguasa pusat tahanan itu, turut dipecat.

Hingga kini, Mas Selamat, 47, yang dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, belum berjaya dikesan walaupun pihak berkuasa Singapura melancarkan operasi besar-besaran bagi menangkapnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment