
Seramai tujuh anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.
Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.
Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya.
Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Katanya, polis memberitahunya bahawa beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.
Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah siber pagi esok.
http://www.malaysiakini.com/news/82244
No comments:
Post a Comment