03 April 2008

Taliban serang askar Belanda

LONDON 2 April – Pergerakan Taliban mengaku melancarkan dua serangan ke atas askar Belanda di Afghanistan sebagai tindak balas terhadap filem anti-Islam, Fitna.

Taliban dalam kenyataan di laman web menegaskan, Barisan Kepimpinan Majlis Syuranya mengumumkan operasi membalas dendam ke atas askar Belanda kerana “penerbitan sebuah filem yang menghina Islam dan diterbitkan dengan niat jahat.”

Wilders yang mengetuai Parti Pembebasan menyiarkan Fitna di Internet pada Khamis lalu.

Sebelum penyiaran filem tersebut, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melahirkan kebimbangan ia boleh meningkatkan ancaman keselamatan ke atas tentera Belanda di Afghanistan.

Kenyataan Taliban yang dipetik oleh SITE Intelligence Group semalam merujuk kepada dua serangan Ahad lalu yang didakwanya membunuh ramai “askar penceroboh.”

– Reuters

No comments:

Post a Comment