18 April 2008

Tahniah buat bapa Nor Azreen

Misi mereka berjaya - Che Siti Nor Azreen bergegas dibawa pulang

SEPANG - Che Siti Nor Azreen Che Ishak (Azreen) yang hilang sejak Aidiladha lalu kerana didakwa dilarikan seorang warga Indonesia ke Lombok, selamat tiba di negara ini malam tadi.

Namun sebaik sahaja tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), gadis berusia 12 tahun itu yang bertudung hitam, memakai baju T merah, berjaket dan berseluar jean biru terus dibawa masuk ke dalam sebuah Proton Waja ke satu destinasi yang dirahsiakan.

Sepanjang berjalan keluar dari LCCT, Azreen dipeluk erat bapanya, Che Ishak Che Kob yang cuba mengelak anaknya diserbu wartawan dan jurugambar.

Beliau turut dibantu oleh beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi yang sama dengan kelihatan 'mengepung' Azreen dan bapanya.

Kosmo! difahamkan, Azreen dan Che Ishak dibawa ke satu tempat yang dirahsiakan atas alasan tidak mahu diganggu.

Seakan-akan komplot melarikan orang, Azreen dijaga rapi oleh ahli NGO sejak dari Jakarta dengan gadis itu sendiri kelihatan terpinga-pinga.

gambar : WAJAH riang Siti Hawa bersama anak-anaknya menyambut berita kepulangan Azreen semalam.

Sejurus selepas mereka beredar, Pengerusi Kijang CARE, Datuk Husam Musa yang menyambut ketibaan mereka mengakui pelbagai usaha dilakukan untuk membawa Azreen pulang dengan segera, malah ia berjaya dilakukan sehari lebih awal daripada perancangan asal.

Husam berkata, beliau tergerak hati untuk membantu misi tersebut selepas membaca kisah kehilangan gadis itu dalam Kosmo! pada 29 Mac lalu.

Sementara itu, di rumah mereka di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan, tinjauan Kosmo! mendapati, keluarga Azreen tidak berada di situ walaupun lampu dinyalakan.

Seorang pengusaha warung berdekatan berkata, keluarga tersebut kelihatan bergegas keluar kira-kira pukul 7.30 malam sehingga telefon bimbit milik ibu gadis itu, Siti Hawa Jusoh tertinggal dan hanya kedengaran deringan tanpa dijawab.

http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment