Samy Vellu terus desak kerajaan bebaskan lima anggota Hindraf
KUALA LUMPUR 3 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu terus mendesak kerajaan membebaskan lima anggota pertubuhan haram Hindraf yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tambahnya, beliau akan menerangkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengapa perlunya kelima-lima pemimpin Hindraf itu dibebaskan.
Kata beliau, kerajaan wajar membebaskan mereka memandangkan para pemimpin itu mempunyai keluarga dan anak-anak malah Pilihan Raya Umum Ke-12 juga sudah berlalu.
http://www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment