17 April 2008

Misi menyelamat Azreen berjaya

Nor Azreen dijangka tiba di LCCT KLIA 9 malam ini

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, yang dijumpai semula di Lombok, Indonesia setelah hilang sejak Hari Raya Aidiladha lalu, dijangka pulang ke tanah air melalui Terminal Tambang Murah (LCCT), KLIA jam 9.00 malam ini.

Azreen diiringi ayahnya Che Ishak Che Kob; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar; Adun Paroi, Taufek Abdul Rahman; dan aktivis sebuah badan bukan kerajaan, CARE, Alex Ong.

Tengahari tadi, Zulkifli dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakah menjelaskan, Siti Nor Azreen telah berjaya dibawa dari Lombok ke Jakarta untuk menguruskan dokumen perjalanannya di Kedutaan Besar Malaysia.

Azreen ialah anak kepada pasangan Che Ishak Che Kob, 47 dan Siti Hawa Jusoh, 35, dari Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

Anak kedua daripada lima beradik itu didakwa dilarikan seorang lelaki warga Indonesia yang juga jiran keluarganya sejak Aidiladha lalu.

Che Ishak, seorang penoreh getah telah melaporkan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Kuala Sawah, Rantau pada 21 Disember lalu.

Azreen ditemui di sebuah kampung di daerah Sakra, Indonesia oleh petugas badan sukarela Migrant CARE yang menjalankan gerakan mencari beliau di sekitar Lombok Timur.

http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment