11 April 2008

Mahathir Takut ke Mahkamah

MalaysiaKini Param: Mahathir takut ke mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang menjelaskan versinya, dan membela dirinya, terhadap keterangan bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mendakwa beliau campur tangan dalam siasatan badan itu pada 1998.

Mantan perdana menteri pernah disapina untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2000 tetapi beliau enggan berbuat demikian, kata Datuk Param Cumaraswamy.

"Memandangkan betapa seriusnya keterangan (Datuk Shafee Yahya) terhadapnya, Dr Mahathir boleh menawarkan diri untuk hadir membersihkan dirinya tetapi beliau tidak berbuat demikian," kata Param, bekas pegawai khas pemantauan kewibawaan sistem kehakiman di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Andaian yang tidak dapat dielakkan ialah beliau takut memberikan keterangan bersumpah di mahkamah undang-undang."

Jadi, tambah Param dalam satu kenyataan hari ini, tidak ada sebab Dr Mahathir merungut bahawa beliau "wajar diberikan peluang membela diri".

Mengulas surat Dr Mahathir dalam akhbar The Sun pada Selasa, Param berkata "beliau pernah ada peluang itu."

Dalam suratnya pada 8 April, mantan perdana menteri berkata:

"Saya bukan pihak yang terbabit dalam perbicaraan (kes kedua) Anwar. Jika saya ingin dituduh, saya sepatutnya diizinkan membela diri.

"Tetapi jelas sekali Shafee melihat perbicaraan Anwar sebagai satu peluang mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan nama baik saya."

Param juga mempertikaikan kertas siasatan berhubung perkara ini yang diserahkan kepada Peguam Negara waktu itu pada 15 Februari 2000.

"Ia tidak masuk akal," katanya, sambil menambahk eterangan Shafee hanya direkodkan di mahkamah pada 12 Jun 2000.

"Kertas siasatan apakah yang diserahkan kepada Peguam Negara pada Februari 2000? ... boleh ia didedahkan kepada umum?" katanya lagi.

lagi berita di http://www.malaysiakini.com/news/81221

No comments:

Post a Comment