12 April 2008

Lama sudah PAS kata ISA itu ZALIM

'Tindakan kejam' pada tahanan ISA


Kem tahanan Kamunting di Taiping didakwa sengaja tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis.

"Akibat kecuaian nyata dan kekejaman itu, Uthayakumar jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital (foto kiri: wajah terbaru Uthayakumar dari wad)," kata presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), P Ramakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

"Sukatan gula dalam darahnya 18.8 - tahap yang membimbangkan. Jika beliau tidak menerima ubatan yang tetap, beliau boleh menghidap beberapa lagi penyakit yang berkaitan diabetes."

"Buah pinggangnya mungkin rosak dan matanya pula dalam bahaya - sekadar menyebut beberapa penyakit yang berkaitan kencing manis. Kami juga difahamkan tahap kandungan protein dan asid urik berada di tahap sangat tinggi."

MIC akhir bulan lalu - menyertai gesaan bertubi-tubi pembangkang dan badan bukan kerajaan - mendesak lima pemimpin Hindraf itu, termasuk Uthayakumar, dibebaskan dengan alasan, antaranya, beberapa daripada mengalami masalah kesihatan.

Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan dua daripada mereka dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Bekas menteri itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

Kelima-lima pemimpin Hindraf itu kini merengkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping sejak 13 Disember lalu.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment