Sufiah: Sudah jatuh ditimpa tangga
Nasib malang keluarga Sufiah Yusof, dulu pelajar pintar matematik paling muda di Universiti Oxford, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Selepas gempar dengan berita wanita ini, kini 23 tahun, menjadi pekerja seks di Manchester, hari ini ibunya pula dilaporkan meninggalkan rumah dan dalam proses memohon perceraian.
Halimahton, yang dilahirkan di Johor, dan anak-anaknya yang lain tidak sanggup lagi hidup bersama Farooq Yusof, lapor akhbar The Telegraph.
Perkahwinan pasangan itu mula bergoncang apabila Yusof, yang mempunyai rekod jenayah, didapati bersalah mencabul kehormatan dua pelajarnya, 15 tahun, sewaktu mengajar matematik.
"Kami tidak mahu apa-apa lagi dari bapa," Isaac Abraham, 26, abang Sufiah sewaktu meninggalkan rumah mereka di Conventry.
"Bapa suka mendera kami. Itulah puncanya Sufiah melarikan diri," katanya kepada akhbar utama Britain itu.
Bekas suaminya Jonathan Marshall sangat terkejut apabila mendengar kisah pelacuran Sufiah.
"Saya benar-benar terperanjat. Ia sangat menyedihkan," katanya.
"Sangat memeranjatkan - lebih-lebih lagi latar belakangnya sebagai seorang Islam.
"Melihat gambar seseorang berbuat begitu (melayan nafsu lelaki) - seseorang yang saya kenali sangat dekat - ia membuat saya bertanya-tanya bagaimana dia boleh jadi begitu."
Akhbar News of the World hujung minggu lalu mendedahkan seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.
Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.
Sufiah, yang berwajah ceria, dilaporkan tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut.
Menurut Bernama, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) akan melancarkan "Program Selamatkan Sufiah", kata menteri di JPM Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau juga menyarankan umat Islam agar menggunakan kemahiran memblog untuk menjelaskan Islam dan menangkis tanggapan negatif terhadap agama.
Mengulas kontroversi filem pendek Fitna arahan ahli politik Belanda, Geert Wilders, Zahid berkata:
"Masa inilah untuk membuktikan kemampuan mereka jangan hanya gunakan blog untuk kutuk kerajaan sahaja."
http://www.malaysiakini.com
Bekas suami hairan Sufiah
LONDON: Bekas suami Sufiah Yusof, sedih kerana wanita yang pernah menjadi pelajar pintar matematik dan diterima masuk ke Universiti Oxford itu mensia-siakan bakatnya dengan memilih kehidupan yang salah.
Jonathan Marshall, peguam yang kini bekerja di Arab Saudi, berkata walaupun Sufiah memiliki masalah dengan keluarganya ketika membesar, bekas isterinya itu seharusnya sedar bahawa dia memiliki bakat dan banyak kelebihan berbanding orang lain.
"Saya terkejut, ia amat menyedihkan. Amat mengejutkan apabila seseorang menggunakan hidupnya ke jalan seperti itu. Saya tidak dapat menduga kenapa dia mahu melakukan perkara seperti itu, terutama seseorang seperti dirinya.
"Lebih mengejutkan, dia datang daripada latar belakang seorang Islam. Mengetahui seseorang melakukan perkara seperti itu, tambahan pula seseorang yang saya kenal rapat, ia membuatkan saya terfikir macam mana dia boleh terjebak," katanya sambil menjelaskan, perceraian mereka adalah disebabkan perbezaan haluan hidup masing-masing.
Sufiah, 23, yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, dilaporkan melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.
Akhbar tabloid di London, News of The World, Ahad lalu, melaporkan Sufiah mengiklankan 'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.
http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment