13 April 2008

Jenaka dari negeri Melaka

Isu Babi: Ali Rustam 'dibelasah' dalam blog

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Isu cadangan membina ladang ternakan babi dengan kaedah sistematik bernilai RM100 juta di Selangor masih terus dipolemik dan dipolitikkan bagi memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tidak cukup dimanipulasi media, Menteri Besar Melaka Dato' Ali Rustam turut mengambil kesempatan 'menyerang' kerajaan Selangor sedangkan Melaka pernah mencetuskan kontroversi berkaitan isu penternakan babi.

"Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

"Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan KeADILan, DAP dan PAS ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam blog mohdalirustam.blogspot.com dan turut mengakui bahawa isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport.

Bagaimana pun pandangan beliau disanggah oleh hampir kesemua pemberi komen dalam blognya yang tidak setuju termasuk mengkritik Ali Rustam yang dilihat tidak bijak dan matang dalam mengemukakan pendapat berhubung isu terbabit.

"Babi adalah sumber makanan kaum bukan Islam tapi tanggungjawab kita sebagai pemimpin Islam untuk sediakan tempat yang selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini adalah tuntutan fardhu kifayah . Bukan macam Dato' cari populariti dengan isu babi...," kata pemberi komen yang dikenali sebagai Rustam.

Dalam pada itu Sifu Apek dalam komennya menyatakan bahawa cadangan di Selangor itu wajar dirujuk oleh kerajaan Melaka kerana kemungkinan pengurusan ladang itu adalah lebih baik daripada yang dilaksanakan Ali Rustam.

"Mengurangkan jumlah babi tidak menyelesaikan masalah termasuk menutup ladang babi. Tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kaedah lebih baik dan terancang mangambil kira pandangan semua pihak," kata waikatomalaysians dalam bahasa Inggeris.

"Patutlah isu penternakan babi di Melaka tidak dapat diselesaikan hingga membawa kepada rusuhan. Patutlah Timbalan PM terpaksa campur tangan dan menyelesaikannya," kata seoarang yang mahu dikenali sebagai Jebat Setia yng dilihat turut sependapat dengan pemberi komen yang lain.

Ini termasuk Zul, yang kesal dengan pandangan Ali Rustam itu dan menyatakan bahawa tidak boleh menafikan hak semua penduduk Malaysia berkaitan perakara tersebut.

"Jangan nafikan hak semua penduduk Malaysia..bak kata pemimpin pas.. orang cina pun punyai hak mereka...

"Kenapa harus ditentang suatu sistem yang lebih baik untuk semua... semata mata kerana kalah pada pilihanraya orang yang sebelum ni sokong pun bertukar jadi tak sokong...mana maruah? orang umno tak bermaruah ke?," katanya.

Demikian adalah sebahagian komen yang disiarkan daripada 59 komen yang dipetik daripada laman blog terbabit.

http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment