01 April 2008

Hampir 30,000 Hadir Bermunajat di Stadium Shah Alam

WALAUPUN jasad kurang sihat tetapi demi untuk melihat suatu sejarah baru yang bakal dicatat di bumi Selangor Darul Ehsan, saya mengeraskan juga diri untuk hadir ke majlis Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana sempena kemenangan Pas Selangor yang berlangsung di Stadium Melewati, Shah Alam sekejap tadi 10:30 malam 31/03/08}.

Majlis itu adalah penting dan besar ertinya bukan kerana ia pertama kali diadakan di Selangor, tetapi tempat berlangsungnya majlis berkenaan di stadium, sesuatu yang agak luar biasa dan belum disaksi oleh orang kebanyakan masyarakat Selangor. Kalau di Kelantan atau Terengganu majlis-majlis seumpama itu diadakan di stadium ia sudah menjadi suatu kebiasaan.

Stadium tertutup berkenaan selama ini hanya dipenuhi dengan tepuk sorak dan dijadikan gelanggang takraw, tenis, badminton dan sebagainya. Namun kali ini ia diisi dengan sesuatu yang lebih bemakna dan murni dari itu iaini, munajat dan solat hijat serta bergema dengan takbir!

Kelainan itulah yang mengheret saya untuk hadir sama walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan.
Sejak dari rumah lagi saya sudah membayangkan bagaimana suasan majlis berkenaan. Sudah tentu stadium yang boleh memuatkan 15,000 tempat duduk (grand stand) akan penuh sendak. Ternyata bayangan itu menjadi kenyataan, lebih 30,000 hadir pada majlis munajat tersebut.
Sebaik saja memasuki ke jalan menuju Shah Alam dari arah lebuh raya Bukit Raja - Klang kenderaan sudah mula bersesakan di jalan raya. Untuk melepas lampu isyarat di hadapan Giant menuju ke stadium terpaksa tunggu lebih 10 minit.

Setiap orang yang duduk dalam kenderaan menghala ke jalan menuju stadium itu kebanyakan berkuiah putih!

Sesampai di bulatan untuk menuju ke stadium kenderaan sudah berjajaran di sepanjang jalan kiri kanan. Manakala motosikal pula memenuhi setiap ruang dan jalan di luar stadium. Suasana dimeriahkan lagi dengan kehadiran para penjual pasar malam! Mungkin sejak 50 tahun dulu suasana itu hanya berlaku ketika ada sesuatu perlawanan bola sepak antara Selangor dengan mana-mana pasukan handalan saja.

Tatkala menjenguk masuk ke stadium, darah tersirat apabila melihat stadium sudah penuh sesak. Setiap sudut dalam gelanggang dipenuhi dengan manusia berkepala putioh. Suasana seperti ladang kapas yang sedang berkembang, putihhhhh. Benderka Pas berselang dengan bendera PKR di pasang menghiasi setiap sudut menjadikan bulu roma sesekali tegak merinding.

Paling merujakan lagi, yang hadir bukan sahaja orang Pas, tetapi PKR dan juga DAP ikut sama meraikan kejayaan. Susana begitu mesra dan muhibbah sekali. Orang India duduk berdekatan dengan Melayu, Melayu pula terngguk-angguk degan orang Cina dan sesekali pecah derai yang mendamikan.
Gambaran kerajaan Selangor di perintah oleh tiga parti (PKR-DAP-Pas) tampak menyerlah sekali.

Saya tidak menuggu lama sekadar untuk menyaksikan suasan sahaja dan merakam beberapa keping gambar. Mungkin disebabkan majlis seumpama itu merupakan pengalaman pertama bagi penganjur (Pas Selangor), maka gambar-gambar yang dirakam tidak begitu menarik dan unit mungkin kerana kelemahan saya atau pun kerana tidak ada ruang (sudut) baik untuk memotretnya.

Berhampiran pentas utama kawalan sungguh ketat dan sikap sporting untuk jurugambar dan pekerja media tidak ada.
Sebelum sempat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharuddin Mat Isa, atau Setiausaha Agung PKR Khalid Ibrahim, atau Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali dan Pengerusi DAP Selangor Ronnie Leu memberi ucapan saya berundur keluar. Bukan apa kerana tekak terasa sangat dahaga manakala perut pula memulas-mulas kelaparan

http://msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment