02 April 2008

Guan Eng tidak perlu bimbang, pihak polis 'cekap'

Guan Eng turut dipanggil beri keterangan

PULAU PINANG 2 April – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak terkecuali untuk dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataannya mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, ia merupakan salah satu daripada prosedur biasa dalam mana-mana siasatan yang dibuat.

Katanya, jika siasatan tidak mempunyai sebarang keterangan, pihak polis tidak boleh meneruskannya atau mendakwa sesiapa.

``Guan Eng tidak perlu bimbang. Pihak polis masih menjalankan siasatan.

``Kalau dalam siasatan ada orang yang terlibat sebagai saksi atau suspek, kita ambil keterangan mereka dahulu dan rakam percakapan mereka untuk direkodkan,'' katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri Program Derma Darah sempena Hari Polis Ke-201 di sini hari ini. - Utusan.

No comments:

Post a Comment