14 April 2008

Gempar!!! Skandal babi, Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA dedah syarikat bumiputera akan dapat RM50 bagi seekor babi

Babi yang sebenar?!

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng melaporkan bahawa kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

Berikut kenyataan Dr Lee:

Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)

Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.

Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!


http://n32.blogspot.com


Isu babi: PAS temui penduduk S'gor

PAS akan mengadakan perbincangan dengan penduduk negeri Selangor bagi mendapat maklum balas mengenai projek ternakan babi bersepadu yang akan dilaksanakan secara moden di negeri itu dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata perbincangan itu diadakan untuk mencapai penyelesaian terbaik mengenai isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak.

"Dewan Pemuda yang mengadakan mesyuarat hari ini mencadangkan tiga opsyen kepada penduduk negeri Selangor untuk membuat pilihan dan menyuarakan pandangan mereka," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Menurut laporan Bernama, opsyen pertama mencadangkan penternakan babi yang dimiliki oleh 300 pengusaha babi kecil-kecilan itu, dibiarkan dengan berlaku pencemaran alam sekitar tanpa melibatkan apa-apa tindakan.

Opsyen kedua pula tidak membenarkan ladang babi diwujudkan dalam negara seperti negara Singapura manakala opsyen ketiga dengan mewujudkan satu pusat penternakan babi secara teknologi moden yang paling canggih seperti New Zealand dan Jerman.

Salahuddin berkata penternakan secara teknologi canggih itu akan meningkatkan pendapatan pengusaha kecil yang akan menjamin kebersihan dan hak orang bukan Islam mendapat bekalan babi dipenuhi.

"PAS akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan pandangan rakyat dan berkempen untuk buat rakyat faham.

"Saya yakin penduduk Selangor tidak akan menolak pelaksanaan ini dan dengan adanya siri penerangan secara baik untuk mendapat jawapan yang baik, rakyat harus buat satu pilihan," katanya.

Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan projek itu kerana penternakan sedia ada yang mengikut kaedah lama di kawasan itu mengakibatkan bau busuk, dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai seperti ancaman virus JE.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyambut baik keputusan cadangan memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan pembubaran itu juga perlu dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuk di Kelantan.

http://www.malaysiakini.com

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat

Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment