Khalwat: Bukan Islam juga dihukum?
Dua badan Islam mencadangkan seorang bukan Islam yang terlibat dalam kes khalwat dengan pasangan Islamnya boleh dikenakan hukuman - langkah terbaru dan mengejutkan yang pasti mengundang kontroversi.
Cadangan daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, lapor laman web The Star Online hari ini.
Hakim mahkamah syariah rayuan Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar lebih adil".
"Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah... tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam," beliau dipetik sebagai berkata di seminar semakan undang-undang syariah anjuran dua badan itu.
Cadangan tersebut terkandung dalam draf resolusi seminar dua hari yang berakhir Rabu.
Dua badan itu juga mencadangkan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang melakukan kesalahan berkhalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi.
http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment