JELI - Keluarga Nurul Anira Che Rosid, 17 (gambar), yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di sini Ahad lalu yakin masih ada suspek lain yang terlibat dalam pembunuhan anaknya.
Malah, ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak itu turut menolak dakwaan yang mengaitkan lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang rumah itu mempunyai pertalian keluarga dengannya.
"Bukan dia! Saya tahu dia (kenal suspek yang ditahan) tapi dia bukan saudara saya namun saya tak percaya dia buat semuanya.
"Hati saya kuat kata pembunuh sebenar Nurul masih bebas dan minta polis siasat terperinci serta pastikan penjenayah sebenar dibawa ke muka pengadilan," tegasnya ketika ditanya tentang penahanan suspek kes bunuh anaknya semalam.
Menurutnya, dia memang mengenali semua ahli keluarga tukang rumah yang ditahan itu malah memberitahu lelaki yang ditahan itu hanya jiran sekampungnya.
Rosnini yang kelihatan tenang berkata, dia benar-benar berharap pembunuh sebenar anaknya dapat ditahan seberapa segera dan dia juga mahu melihat siapa dia lelaki kejam itu.
Sementara itu, seorang ahli keluarga Rosnini yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, 46, juga berkata, dia amat terkejut apabila tukang rumah itu ditahan kerana disyaki sebagai suspek utama kematian Nurul.
"Tukang rumah itu dikenali ramai sebagai seorang yang bersikap lurus bendul, sering mengikut kata-kata orang serta kerap dipermain-mainkan oleh segelintir penduduk kampung di sini.
"Sukar nak percaya dia yang buat, tapi jika benar dia terlibat kami di sini percaya mesti ada dalang lain di sebaliknya," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritenden Hanipah Ab. Malek berkata, setakat ini hanya seorang suspek yang disyaki terlibat dengan kematian mangsa.
Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai kes tersebut.
"Kita akan melihatnya daripada pelbagai sudut dan telah memberi beberapa petunjuk, " ujarnya.
Jumaat lalu, polis menahan seorang tukang kayu yang sering melalui hadapan rumah pelajar itu untuk ke tempat kerjanya selepas keterangan yang diberikan meragukan.
http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment