Lihat video suasana perhimpunan Black 14 itu
Lebih 20 ribu hadir di himpunan 'Black 14'
Dalam perhimpunan tersebut, juga kelihatan pelbagai media yang terdiri di kalangan tempatan mahupun luar negeri.
Ketika Harakahdaily membuat tinjauan, seorang peserta yang hadir dalam perhimpunan malam tadi menjelaskan bahawa, inilah kali pertama beliau dapat mendengar ucapan Anwar secara dekat.
Sulaiman Murad, 43, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan menjelaskan, ucapan yang didengarnya pada malam itu mengingatkannya pada zaman reformasi.
"Himpunan sebegini ramai, walaupun tidak setanding di zaman reformasi tetapi sekurangnya ia menimbulkan kesan dan memberikan ingatan pada kita tentang peristiwa ketika itu. Siapa kata 'faktor Anwar' tiada. Pilihan raya lalu sudah cukup untuk membuktikannya,"jelasnya sambil memberitahu bahawa beliau hadir bersama rakan-rakan sepejabatnya.
"Tapi saya agak kecewa dengan tindakan pihak berkuasa. Mengapa halang Anwar dari teruskan ucapan. Kami (rakyat) mahu mendengar apa yang ingin disampaikan. BUkankah ini adalah premis persendirian.
"Pihak polis tiada kuasa dan hak.Mana perginya profesionalisme pihak polis yang sering dilaungkan?"tegas Suraya Ahmad, 27, yang turut sama berada di lokasi perhimpunan.
Menurutnya, pihak polis sepatutnya profesional. Perlu memahami dan sedar situasi politik ketika ini tidak sama. Rakyat mula sedar dalam perkembangan yang berlaku terhadapat arus politik negara.
Tambahnya, apakah pihak berkuasa bersekongkol dengan pemerintah dan pemerintah pula masih tidak serik dengan penangan yang diterima mereka daripada rakyat dalam pilihan raya lalu?
Dalam pada itu, sebelum ini Ketua polis Kuala Lumpur Dato' Muhammad Sabtu Osman berkata pihak KeADILan tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.
http://www.harakahdaily.net
Ribuan sambut Anwar bebas berpolitik
Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini.
Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.
Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang.
Dalam ucapannya, Anwar berkata, tunggu dua minggu sebelum beliau mengumumkan sama ada akan bertanding atau tidak dalam satu pilihanraya kecil.
Pada pilihanraya umum 8 Mac, Anwar hanya berkempen di seluruh negara akibat larangan tersebut dan mantan timbalan perdana menteri itu mendakwa ia diadakan bagi menghalang beliau bertanding.
Ketika berceramah malam ini, Anwar menggesa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.
Anwar menuduh Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan dana awam, termasuk untuk anak-anaknya.
"Siapa yang singkir Tun Salleh Abbas? Siapa yang melantik hakim correct, correct, correct? Siapa yang lantik hakim gula-gula Hacks yang menghukum (penjara) saya?" katanya.
Perkataan "correct" (betul) sebanyak tiga kali itu merujuk rakaman kontroversi video peguam VK Lingam yang didedahkannya tahun lalu, sementara "hakim gula-gula Hacks" itu pula Datuk Augustine Paul Sinnappen, kini hakim Mahkamah Persekutuan.
Mengenai timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Anwar mendakwa timbalan presiden Umno itu terlibat dalam penyelewengan kontrak pertahanan kira-kira RM500 juta.
Beliau juga mendakwa Dr Mahathir mahu Najib menggantikan Abdullah bagi meneruskan warisan pentadbirannya dan sebagai satu percubaan menghalangnya (Anwar) menjadi perdana menteri.
http://www.malaysiakini.com/news/81324
No comments:
Post a Comment