Wakil BN lompat sebelum 16 Sept
Laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.
Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan.
Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak."
Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.
lagi berita di http://www.malaysiakini.com
Anwar Dakwa Beberapa MP Sabah Putuskan Untuk Sertai Pakatan Rakyat
KOTA KINABALU, 23 April (Bernama) -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telah pun membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai.
"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mendakwa jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).
"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment