18 April 2008

Anwar saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong

Anwar Ibrahim Fail Saman Fitnah Terhadap Timbalan Menteri Pelajaran

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap tahun lepas.

Anwar, yang bertindak sebagai plaintiff, mendakwa kata-kata fitnah oleh Dr Wee adalah disengajakan dan dilakukan dengan niat jahat.

Saman itu difailkan Anwar menerusi firma guaman peguamnya, S N Nair & Partners, di Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment