10 March 2008

Undang – undang Tubuh Kerajaan Perak telah menetapkan bahawasanya hanya orang Melayu sahaja yang boleh diperkenan sebagai Menteri Besar Perak.

Undang – undang Tubuh Kerajaan Perak telah menetapkan bahawasanya hanya orang Melayu sahaja yang boleh diperkenan sebagai Menteri Besar Perak.

Di TV3 suku, barua Umno/BN Zainal Keling telah mula memainkan sentimen perkauman. Umno itu Melayu, kalau UMNO kalah bermakna Melayu kalah... Bangsat! Jangan samakan kami dengan Melayu Umno!

Selepas 50 tahun merdeka, UMNO masih lagi menganggap kesatuannya merupakan sebuah ketumbukan Melayu yang memperjuangkan ketuanan Melayu. Ini bermakna Kuasa Politik Melayu berpaksi di atas bendera keris telanjang itu. Pooooorah!

Masih ramai orang Melayu yang waras berfikir dan tahu membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah dimusnahkan oleh seorang mamak khuty bernama Mahafiraun. Semenjak hari itu UMNO asal dianggap mati dan diganti dengan UMNO Baru yang mana Tunku Abdul Rahman sendiri pun tidak menyertainya.

UMNO yang wujud pada hari ini adalah kesinambungan perjuangan untuk menegakkan kepentingan duniawi semata - mata. Perjuangan mewujudkan roh Melayu telah gagal apabila UMNO Baru kini diresapi dengan pelbagai krisis moral yang mual lagi memualkan.

Dalam perhimpunan agung UMNO misalnya, mereka tidak membawa isu - isu rakyat seperti harga minyak masak naik, harga petrol naik dan sebagainya tetapi apa yang mereka suarakan ialah berkaitan dengan pengagihan kontrak, tender dan komisyen.

Oleh yang demikian, eloklah kita faham yang UMNO ini tidak memperjuangkan kaum Melayu. Mereka hanya memperdagangkan tubuh orang Melayu atas nama Ketuanan Umnoputera. Pada satu tahap, mereka langsung tidak memberi peluang kepada troop Melayu lain untuk memperjuangkan hasrat hati bangsa Melayu.

Kerajaan Kelantan misalnya telah ditekan dan hampir dimusnahkan oleh UMNO yang gelojoh dan tamak kuasa. Selain itu, marilah kita fikirkan sejenak apakah bentuk penganiayaan mereka terhadap kerajaan Terengganu sewaktu ia ditadbir Parti Islam Semalaysia.

Royalti minyak yang sepatutnya menjadi hak milik kerajaan negeri telah dipindah milik kepada Wang Ihsan yang mana ianya tidak disalurkan secara terus ke tangan rakyat Terengganu. Apa yang terjadi ialah wang rakyat ini telah disedekahkan kepada taukeh Cina bernama Patrick Badawi! Nah, inilah sebenarnya perjuangan UMNO yang tak habis - habis membangsatkan maruah orang Melayu!

Di saat artikel ini ditulis, UMNO Perak telah mula mengeluarkan ungkapan - ungkapan perkauman yang tidak lain mempersoalkan mengenai nasib orang Melayu apabila Barisan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan di negeri tersebut.

Soalnya hari ini, sampai bilakah pemikiran rakyat perlu dipasung dengan kepalsuan agenda ketuanan Melayu itu? Dan apakah Barisan Rakyat ini tidak mampu menjaga manusia Melayu?

Sosok manusia Melayu yang menerajui UMNO ini bukanlah layak untuk digelar pembela bangsa, malah kita amat yakin cara politik berdasarkan perkauman ini sangat berbahaya dan mampu melahirkan keadaan huru hara.

Sentimen perkauman dimain - mainkan. Fitnah ditabur bagi mengelirukan rakyat. Anak - anak kampung yang tidak berpelajaran tinggi bakal termakan umpan jerat api perkauman yang ditaja UMNO. Sengketa akan tercetus. Inikah yang UMNO Perak mahukan?

Perhatikan baik - baik. DAP menang 18 kerusi. PAS 6 buah manakala keADILan 7. Apakah kerajaan yang bakal dibentuk ini adalah milik orang Cina semata - mata?

TIDAK! Barisan Rakyat terdiri dari gabungan pelbagai kaum. Mana - mana kaum yang bakal dipilih sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan selepas ini wajib mengisytiharkan taat setia kepada Raja Pemerintah iaitu Yang Amat Mulia Tuanku Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Dan mana - mana pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negeri Perak Darul Ridzuan adalah pengkhianat kepada Sultan! Hidup Tuanku! Hidup Demokrasi! Suara Rakyat Suara Keramat!

- http://adilnewsnet.blogspot.com

No comments:

Post a Comment