14 March 2008

Tawan Kelantan Sia-sia dan Makan Diri - Zam

"Insaflah Umno, usah lagi terus niat tawan Kelantan" Zam

KL: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.

Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata sudah sampai masanya untuk Umno insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu, adalah satu usaha yang sia-sia.



Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata sudah sampai masanya untuk Umno insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu, adalah satu usaha yang sia-sia
Malah menurut beliau, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin Umno di negeri itu.

Katanya, bagaimanapun kekalahan BN di Kelantan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan pembangunan di negeri itu, sekiranya ada satu kerjasama yang rapat antara kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan Persekutuan.

"Kemenangan PAS di beberapa buah negeri dan kawasan bukan Melayu juga menunjukkan bahawa parti itu boleh bersikap rasional sekiranya menghadapi tekanan politik demi meneruskan kuasa.

"Pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa PAS sanggup untuk berganjak dari dasar-dasarnya yang bersifat ketaksuban kepada rasional dalam realiti politik Malaysia," katanya kepada Bernama di sini.

Zainuddin percaya usaha untuk membantu rakyat Kelantan tidak akan menjadi satu usaha yang sia-sia kerana mereka adalah terdiri daripada masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa menunggu peluang perniagaan.

"Saya percaya kerajaan Kelantan juga akan bertukar sikap dan lebih terbuka apabila menghadapi kerajaan pusat yang bersifat mesra" katanya.

- http://klpos.com

No comments:

Post a Comment