Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam Ditarik Gelaran Datuk
Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.
Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiga mereka itu berkuatkuasa serta merta.
Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.
Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.
http://siasahdaily.blogspot.com
Watch Videos :Pak Lah dan Idris Jusoh Akhirnya Mengaku Malaysia Ada Sultan
Peluru hidup di Batu Burok antara kemurkaan Sultan
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan wang ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.
Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.
Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.
Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.
Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Datuk Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.
Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.
Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.
Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.
Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.
Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.
Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.
Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".
Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.
"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau.
http://www.harakahdaily.net
Lihat videos -> Tragedi Berdarah di Batu Burok
Ungkapan 'natang' ke balai polis
Sekumpulan penduduk Terengganu membuat aduan polis berhubung kain rentang, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, yang didakwa menghina institusi raja.
Kumpulan 10 orang itu, yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), membuat laporan itu di balai polis Kuala Terengganu jam 11:20 pagi tadi.
Dalam kenyataannya, pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, "menggesa polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kain rentang berunsur menghina kedaulatan sistem kesultanan dan menjejaskan kehormatan institusi beraja yang didukung oleh demokrasi di Malaysia."
Mereka merujuk sekeping kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Idris yang menyebut "Kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
Semalam Pemuda PAS menggesa pergerakan itu dan parti pembangkang di Terengganu membuat aduan polis berhubung perkataan tersebut yang dianggap menghina raja.
Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, selain dipamerkan oleh penyokong Idris, kain rentang seumpama itu juga diletakkan di beberapa tempat strategik di negeri yang sedang mengalami krisis pelantikan menteri besar.
Bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh, yang disokong Perdana Menteri, bertungkus-lumus mempertahankan jawatannya itu sejak berakhir pilihanraya umum 8 Mac.
Watikah pelantikan jawatan itu bagaimanapun diserahkan kepada seorang lagi wakil rakyat BN, Datuk Ahmad Said, Ahad lalu. Walaupun belum mengangkat sumpah, Ahmad telah memulakan tugasnya semalam.
Berikut teks lengkap laporan polis seperti diadukan oleh Mohamad Fauzi:
Pada 23 Mac 2008, ketika menonton Buletin Utama di TV3, saya melihat satu perhimpunan menyokong Idris Jusoh yang diadakan di hadapan kediaman rasmi MB, Seri Iman, Kuala Terengganu.
Di antara kain rentang dalam perhimpunan tersebut ada menyatakan "kami nak Idris, natang".
Perkataan pada kain rentang tersebut juga jelas merujuk kepada Tuanku Sultan Terengganu.
Ini adalah suatu tindakan menghina Istana dan bertentangan dengan undang-undang dan adab-adab sebagai orang Melayu.
Perhimpunan itu juga boleh menyebabkan kekecohan dan menyemai rasa kebencian kepada Tuanku Sultan Terengganu yang kita semua kasihi.
Saya percaya terdapatnya unsur-unsur jenayah dalam perhimpunan dan penggunaan kain rentang tersebut.
Perkataan yang digunakan adalah berbentuk hasutan dan boleh menimbulkan kebencian kepada Tuanku Sultan.
Sekiranya perkara di atas tidak diambil tindakan, saya bimbang negeri Terengganu akan menjadi kacau-bilau apabila kehormatan kepada institusi Beraja dicabul dan tidak dihormati lagi.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah rukun kedua dalam Rukun Negara Malaysia, tindakan golongan ini adalah sungguh biadap dan patut disiasat serta diambil tindakan yang keras.
Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara tersebut dengan seberapa segera dan mengambil tindakan terhadap dalang dalam perhimpunan tersebut dan penggunaan kain rentang tersebut, seterusnya menyeret mereka ke muka pengadilan.
http://www.malaysiakini.com
MB Terengganu 2
Khabarnya PM telah menerima perlantikan MB Baru pilihan istana dan juga sumber mengatakan gelaran Datuk Seri untuk Idris Jusoh serta Datuk untuk Rasul Wahid dan Din Adam ditarik balik serta merta. Juga difahamkan Datuk Muhamad Awang Tera diangkat menjadi Timbalan Menteri Besar.
Apa pun aku harap rakyat Terengganu akan menikmati yang terbaik. Bagi aku mereka harus bersatu untuk menuntut semula royalti minyak yang dirampas Kerajaan Pusat. Tumpang Sultan Terengganu tengah jadi Agong ni, insyaAllah dipermudahkan.
Bayangkanlah dengan kenaikan harga minyak, silap-silap berbillion negeri Terengganu dapat. Bolehlah mereka bayar hutang negeri dan laksanakan pembangunan yang lebih memberi manfaat untuk rakyat terbanyak. Aku pun tak faham juga mana pegi duit royalti di Terengganu punya banyak selama ni. Maksud aku ialah bagaimana sebuah negeri yang kaya berada pada takah corot antara negeri termiskin di Malaysia? Pulak tu jumlah penduduk termiskin punyala banyak!
Daulat Tuanku! Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Patik percaya Tuanku punya hemah dan peribadi mulia serta punya kebijaksaan dan kekuatan untuk membantu menegakkan keadilan.
http://becok.blogspot.com
No comments:
Post a Comment