23 March 2008

Sudah Melampau, 23 Adun Terengganu Rancang Pulau Majlis Raja

MB Terengganu: Tiada majlis angkat sumpah - Terima watikah sahaja

Pelbagai pihak yang mengikuti rapat perkembangan politik BN-Istana Terengganu kini semakin tertanya-tanya dan berdebar-debar apakah titik noktahnya ekoran kemelut ini.

Majlis angkat sumpah yang diwar-warkan media semalam yang akan dilangsungkan pada hari ini sebenarnya tidak berlaku dan diberitakan hanya majlis menerima watikah daripada MPPR kepada bakal MB baru Terengganu sahaja.

Majlis sebenar angkat sumpah akan diadakan dalam beberapa hari lagi, tetapi tidak dinyatakan tarikhnya oleh pihak istana.

W/pun kroni Idris masih bertahan dengan keputusan menyokong Idris, ada ura-ura 11 adun sudah sedia memberikan sokongan kepada Mat Said.

Ini bermakna, MB baru Terengganu akan selamat ditampuk kerusinya, manakala apabila tindakan diambil oleh J/K disiplin , mereka akan membentuk wakil bebas dan dijangka bergabung dengan adun pas membentuk kerajaan campuran.

Dato' Wan Mutalib, penasihat undang-undang pas ketika dihubungi sebentar tadi menyatakan Pas tetap berdiri teguh di belakang pihak istana dalam soal ini. Manakala, jika ada kesudian pihak adun yang dikenakan tindakan tadi, maka secara peribadinya, pas akan memberikan sokongan kepada MB baru.

http://www.tranungkite.net

Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat kononnya calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.

"Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.

"Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.

Tunjuk perasaan

"Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!" katanya merujuk kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.

Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia sebenarnya "diajar oleh Umno sendiri".

"Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan raya diadakan semula".

Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.

"Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?" tanya beliau.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.

Laporan BPR

Mengenai laporan bahawa Adun Umno Terengganu telah mengemukakan adua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat salah laku Ahmad dalam dua projek di Kijal, Mahfuz berkata, Umno ternyata tidak mengemukakan calon yang benar-benar bersih di dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Umno bukan sahaja mengemukakan calon yang tidak bersih sepenuhnya malah berbohong pula kepada rakyat kononnya mereka telah mengemukakan calon-calon yang ditapis.

"Mengapa Idris sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu mengemukakan calon yang kini pihaknya sendiri membuat aduan kepada BPR tentang salah lakunya? Sebelum ini mengapa tidak lapor?

"Benarkah Idris menerima ugutan dari Ahmad supaya Adun Kijal itu dicalonkan dalam pilihan raya umum baru-baru ini? Jika benar Ahmad mengugut Idris, mengapakah Idris diugut? Apakah kesalahan Idris sehingga beliau boleh diugut?" Mahfuz mempertikaikan.

Tidak layak

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai bukti bahawa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak lagi menerajui pentadbiran negara ini.

"Sebelum ini, Raja Perlis memberikan 'undi tidak percaya' kepada Abdullah apabila menolak cadangan Abdullah supaya melantik (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) sebagai Menteri Besar negeri itu.

"Sekarang, Sultan Terengganu pula menolak Idris yang dicadangkan oleh Abdullah.

"Abdullah mesti ingat, tamparan hebat ke atas kepimpinannya tidak datang dari istana Perlis dan Terengganu sahaja.

"Sebelum itu, rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah sehingga pentadbiran BN di negeri-negeri tersebut telah diambil alih oleh kerajaan-kerajaan rakyat manakala Kelantan tetap kekal di tangan PAS.

"Itu tidak termasuk Kuala Lumpur di mana BN hanya memenangi satu kerusi sahaja," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan tindakan double standard pihak polis.

"Mereka yang dipergunakan oleh Umno untuk berdemonstrasi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor diberikan layanan terbaik dan paling istimewa oleh polis, sedangkan di Terengganu polis begitu bengis menangkap rakyat yang hanya memasang sepanduk menyokong Sultan mereka," kata beliau yang begitu marah dengan sikap polis itu.

http://www.harakahdaily.net


Istana lantik Ahmad Said jadi MB Terengganu, kroni Idris boikot?

KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Hrkh) - Selepas 14 hari Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu isu perlantikan jawatan Menteri Besar Terengganu menjadi barah yang kini menjadi kemelut dalaman kepada parti itu.

Semalam pihak Istana telah bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar sekaligus menamatkan era kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh satu penggal.

Harakahdaily difahamkan, Pejabat Sultan Terengganu semalam telah mengeluarkan satu kenyataan bagi pelantikan tersebut dan majlis angkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Tamu, Batu Burok, jam 8.00 pagi ini.

Namun begitu, laluannya tidak mudah kerana pelantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu akan mendapat tentangan dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata 23 Adun BN Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tamu tersebut.

Menurutnya, boikot terhadap perlantikan tersebut akan dibuat jika Idris Jusoh tidak dilantik semula bagi jawatan Menteri Besar itu.

Katanya, semua 23 wakil rakyat (Adun) BN hanya akan menyokong Idris Jusoh sebagai calon MB Terengganu dan menentang bagi nama-nama lain.

"Kami semua menyokong kepimpinan Idris Jusoh dan ada di kalangan wakil rakyat kami yang sanggup meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

"Semua wakil rakyat BN Terengganu kecuali Adun Kijal (Ahmad Said) telah mengadakan perjumpaan dan kami ingin menegaskan bahawa kami sebulat suara menyokong dan berdiri teguh di belakang Idris sebagai Menteri Besar Terengganu. Tiada calon lain yang kami sokong.

"Jadi mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada Idris, kami tidak akan menerimanya. Kami sebulat suara tidak akan menghadiri majlis tersebut (angkat sumpah jawatan Menteri Besar) jika Idris tidak dilantik sebagai Menteri Besar," tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman, dekat sini, hari ini.

Spekulasi mengenainya bermula ekoran kegagalan Idris sendiri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah pada 10 Mac ditangguhkan pada saat-saat akhir.

Senario tersebut menjadi teka-teki berhubung kedudukan Idris sebagai MB Terengganu dan beberapa nama telah disebut bakal menggantikannya.

Harakahdaily difahamkan, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Ahmad Said, Dato' Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Dato' Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu).

Namun begitu, sumber Harakah memaklumkan semua calon MB tersebut menarik diri serta berkemungkinan akan berhadapan dengan Idris Jusoh kecuali Ahmad Said.

Harakahdaily



Hubungan BN-istana kian tegang

Jika majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana - sekali gus melanjutkan krisis sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.

More news at http://malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment