15 March 2008

Semakin Sulit Perlis

Krisis MB Perlis : Menang pun susah...

Sehingga setakat berita ini tulis tengahari Sabtu samaada Datuk Seri Shahidan Kassim boleh tidor nyenyak atau tidak belum dapat dipastikan lagi.

Namun begitu beliau boleh merasa sikit lapang dada kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap tidak berganjak dari keputusan mahukan beliau terus menjadi Menteri Besar Perlis.

Sebelum ini ada yang ingat Shahidan temberang bila memberitahu para wartawan beliau sudah mendapat watikah berkenaan –iaitu keputusan rasmi parti dari Abdullah Selasa malam.

Dalam interbiu dengan Bernama Jumaat Abdullah sendiri mengesahkan beliau telah menyerahkan surat watikah kepada Shahidan.

Memang membingungkan kalau nak bercakap mengenai senario politik UMNO Perlis apabila melihat watikah lantikan diterima Shahidan tetapi Raja Perlis berkeras nak melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong,Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini.

Orang politik di Perlis kebanyakannya tahu bahawa Dr Md Isa adalah orang Setiausaha Agung UMNO dan juga ahli parlimen Kangar , Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Agendadaily mendapat tahu sebilangan pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional Perlis telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Seri Perdana Khamis malam.

Sumber-sumber UMNO Perlis berkata kesemuanya mereka pulang dengan wajah gembira mendengar jaminan Abdullah semasa pertemuan selama kira-kira sejam itu.

Ikut ceritanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan kesemua 14 ADUN Perlis mematuhi keputusan Perdana Menteri.

Mereka yang engkar akan dikenakan tindakan disiplin.

Difahamkan dalam percaturan sebelum pilihanraya ekoran campurtangan Radzi dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Azmi Khalid dipersetujui bahawa Shahidan akan jadi Menteri Besar selama dua tahun.

Dari 15 kerusi DUN di negeri itu 8 adalah orang Radzi-Azmi manakala 4 orang Shahidan.Tiga orang lagi dikira berkecuali.

Setelah BN Perlis menang besar iaitu 14 dari 15 kerusi DUN dan ketiga-tiga kerusi parlimen dalam pilihanraya umum itu lain pula jadinya.Pihak Radzi-Azmi yang didakwa telah mempengaruhi Istana Perlis sudah mungkir janji.

Soalnya sekarang apa akan jadi sekiranya Raja Perlis terus berkeras mahu Dr Md Isa sebagai Menteri Besar dan tidak mahu mengadakan majlis angkat sumpah untuk Shahidan?

“Depa nak tubuh kerajaan apa?...depa tak boleh tubuh kerajaan BN di Perlis kerana PM telah putuskan ia harus dipimpin oleh Shahidan,”kata sumber-sumber berkenaan.

Ditanya mengenai jumlah ADUN yang lebih ramai terdiri dari orang Radzi-Azmi,sumber-sumber itu mendakwa mereka sebenarnya telah dikelirukan.

“Depa semua ingat apa yang Radzi kata itu adalah wahyu dari PM sedangkan hakikatnya tidak.Tunggu dan lihat sajalah.depa berani tidak langgar keputusan PM ni,”katanya.

Sumber-sumber itu berkata apa yang paling dikesalkan sekali ialah peranan yang dimainkan oleh Radzi-Azmi dalam mencetuskan kekecohan dalam UMNO Perlis.

“Radzi sebagai Setiausaha Agung UMNO sendiri boleh buat hal.benda macam ni yang tak pernah terjadi dalam sejarah UMNO.Setiausaha Agung UMNO patut jadi orang tengah mentabir UMNO dan membantu Presiden parti.Ini tidak dia sendiri yang langgar peraturan parti.

“Sudah le tu dalam keadaan UMNO dan BN sudah hilang empat negeri dia bukan sibuk nak perbetulkan keadaan dalam parti tapi tukang tambah buat lagi kecoh,”katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Shahidan yang ditemui para wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra berkata adalah menjadi hak Raja Perlis kalau masih tidak mahu melantik beliau sebagai Menteri Besar.

‘‘Tapi kalau Raja Perlis tidak mahu melantik sebab ada undang-undang yang mengatakan Tuanku boleh melantik (calon) yang boleh memberi keyakinan kepada Dewan Undangan Negeri, itu hak Tuankulah.

‘‘Hak rakyat yang pilih BN, kita akan cari tengok macam mana. Sebab rakyat pilih BN, dia bukan pilih individu. Oleh kerana rakyat pilih BN, maka BNlah yang akan memerintah.

‘‘Kalau orang lain daripada saya (dilantik) dan sekiranya dia pergi juga (angkat sumpah), maka dia dianggap pembangkanglah,” katanya.

- http://agendadaily.com

No comments:

Post a Comment