Lihat video - Raja Petra Kamarudin
Kalau Nordin intelek, Madonna anak dara
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - "Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna masih anak daralah".
Itulah dakwaan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ke atas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi yang membuat kenyataan mewakili golongan intelektual.
"Hello... sejak bila dia seorang intelektual? Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna (tentulah) masih anak dara," dakwa Raja Petra.
Beliau mendakwa, Nordin hanyalah pekerja perang psikologi Biro Tata Negara (BTN).
"Intelektual yang sebenarnya patut menyaman beliau RM100 juta kerana memberikan nama yang buruk kepada semua intelektual yang sebenarnya," dakwa beliau lagi.
Mengulas perintah mahkamah supaya Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan membayar ganti rugi kepada beliau dan UUM dalam satu kes saman fitnah, Nordin berkata: "Saya merasa satu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara ini supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mepermainkan kebenaran dan integriti intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka saja yang tahu".
Mengenai jumlah yang perlu dibayarnya, Raja Petra berkata: "Mahkamah telah bersuara dan mahkamah menyatakan reputasi kesemua mereka hanya bernilai RM4 juta".
Sebuah akhbar harian melaporkan, Raja Petra diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Star supaya membayar RM2 juta kepada Nordin dan RM2 juta kepada UUM.
Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila Malaysia Today menyiarkan sebuah artikel bertajuk "Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan" pada 16 Disember 2006.
Kepada Raja Petra, Nordin tidak memenangi kes itu sebaliknya beliaulah yang menang. "Saya 'mencampak' kes itu," katanya.
Beliau memberitahu kesemua surat yang disampaikan kepadanya mengenai kes itu dibuang ke dalam bakul sampah.
"Tidak lama lagi, mereka akan menghantar penghakiman tersebut kepada saya dan yakinlah bahawa saya akan melakukan apa yang terbaik untuk dilakukan, saya akan membuangnya ke dalam bakul sampah," tegas beliau.
http://www.harakahdaily.net
PKR, Raja Petra kena bayar RM7 juta
Seorang penulis blog popular, PKR dan akhbar parti itu diperintah membayar ganti rugi semuanya berjumlah RM7 juta kepada naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam satu kes saman fitnah.
Timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star memerintah Raja Petra Kamaruddin, PKR ketua pengarang serta editor akhbarnya Suara Keadilan membayar jumlah itu kepada Tan Sri Nordin Kardi dan UUM.
Mahkamah memutuskan Raja Petra, sebagai defendan pertama, memfitnah Nordin dan UUM apabila menerbitkan di blognya Malaysia Today (www.malaysia-today.net) pada 16 Disember 2006 dalam artikel bertajuk "Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya? Mohon penjelasan".
PKR, sebagai defendan kedua, dan akhbarnya itu didakwa menyiarkan artikel bertajuk "NC UUM Penciplak" pada 27 Disember 2006.
Raja Petra diperintah membayar kepada dua pihak itu masing-masing RM2 juta.
Timbalan pendaftar, Priscilla Gengadaran, juga mengarahkan ketua pengarang dan editor Suara Keadilan masing-masing membayar RM1 juta kepada Nordin.
Akhbar itu juga, sebagai defendan ketiga dan keempat, masing-masing diperintah membayar RM500,000 kepada universiti itu.
Penghakiman itu dikeluarkan pagi tadi setelah kesemua defendan gagal menghadirkan diri atau membawa peguam bela ke mahkamah.
Menurut Bernama, artikel itu mendakwa Dr Nordin telah menciplak satu tulisan bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu Muhtar Suhaili yang bertajuk "Mahasiswa dan Tanggungjawab Mengurus Kejayaan".
Dr Nordin menafikan dakwaan menulis rencana itu dan meminta Raja Petra serta akhbar terbabit memohon maaf kepada naib canselor dan UUM.
Raja Petra dan Suara Keadilan tidak memohon maaf.
http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment