Terkini: Nor Mohamed Yakcop dijangka ganti Rafidah Aziz
KL: Berita terbaru yang KLpos.com terima memberitahu bekas menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan mengambil alih tugas Datuk Seri Rafidah Aziz di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).
Berita ini bertiup kencang dikalangan pemimpin Umno dan BN. Rafidah Aziz dijangka tidak akan terpilih sebagai menteri kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk penggal ini.
Ini berikutan kekalahan teruk BN pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Ada sumber lain memberitahu KLpos.com, perlantikan semula Rafidah sebagai menteri kabinet akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat yang menolak BN pada pilihanraya ke 12 lalu atas alasan rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar bersih dari segala tuduhan rasuah dan korupsi.
Pada pilihanraya lalu Rafidah memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar dengan hanya diselamatkan 1,458 undi majoriti menewaskan calon PAS Dr. Khairuddin Abdul Malik. Rafidah memperolehi 10,735 manakala calon PAS 9,277 undi.
Nor Mohamed Yakcop pula memenangi kerusi parlimen Tasek Gelugor menewaskan calon Pas, Ismail Salleh dengan majoriti 4,547 undi.
Berita khabar angin tersingkirnya Rafidah Aziz ini akan kami bawakan dari semasa ke semasa.
- http://klpos.com
No comments:
Post a Comment