11 March 2008

Punca Sesak Nafas

Malaysiakini - Datuk zakaria Deros meninggal dunia

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Deros, 62, meninggal dunia selepas sesak nafas di rumahnya di Kampung Idaman, Klang jam awal pagi tadi.

Menurut seorang anak perempuannya, Liza, Allahyarham tiba-tiba mengalami sesak nafas semasa sedang berbual dengan anggota keluarganya.

"Sebelum itu, bapa saya baru balik dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berborak-borak dengan kami seperti biasa. Beliau tak ada pun mengadu apa-apa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata doktor yang dipanggil ke rumah mereka mengesahkan Zakaria meninggal dunia pada jam 1 pagi.

Zakaria menyertai beberapa orang rakannya mengikuti perkembangan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Liza berkata jenazah bapanya akan dibawa dari rumah mereka pada pukul 11 pagi ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kuala Sungai Baru, Melaka di sebelah pusara keluarganya.

Sebelum ini, Zakaria menjadi tumpuan ramai apabila beliau terbabit dalam kontroversi pembinaan banglo mewah tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Klang (MPK).

MPK juga bertindak merobohkan premis perniagaan milik Zakaria juga atas alasan yang sama. Ketika itu, Zakaria merupakan ahli MPK.

- http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment